HNAD at Majlis Sambutan Hari Raya SMK Desa Tun Hussein Onn, KL.

Salam dan Hello kepada semua!


It's A Nice, Nice, Nice Thing To Do!
Sabtu yang lalu, HNAD berpeluang menjadi Official Photographer untuk Majlis Sambutan Hari Raya SMK Desa Tun Hussein Onn (SMKDTHO), KL, and the best part is, ini sekolah kami 10 tahun yang lepas! Woohooo!!

Sangatttt seronok kerana kami dapat jumpa cikgu² yang masih berkhidmat, dapat tengok gelagat² pelajar (which is, reminding us a lot!!!), sekolah yang dah berubah wajah... ahh, bila loceng dibunyikan, both of us amazed! " Dah lama tak dengar dow..." kata Azhar Dahalan. Kami adalah batch yang pertama untuk sekolah ni baru buka, dan kena angkat kerusi dan meja dari lori yang baru sampai, pokok² takde lagi, dinding semua kosong, dan macam² lah! Hmm...Betul lah... Kami rasa kami merindui zaman sekolah dulu =).

Errr.. sori terlajak feeling. Hehehehe.. OK, cerita dia, kami ditugaskan untuk shoot event ni. Ia adalah program di mana pelajar², ibu bapa, guru² dan bekas² pelajar dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik, merapatkan silaturahim dan juga a time to relax lah. Hari² belajar pun boleh tension juga kan? =) So it's a good time for everybody to get involve.

01
SMKDTHO, logo dah pudar, umur dia 10 tahun ye..
Sampai saja di sini, kami pusing² tengok sekeliling. Ada yang tengah cucuk² bergurau ngan kawan, susun makanan, setup itu ini, macam² lah. Tup² nampak sekumpulan pelajar mengerumuni seorang bekas pelajar, ohh.. 10 tahun baru datang balik, dengan baby lak tu, mengingatkan kami tentang how old are we dan... sebenarnya orang² perempuan ni dia memang suka ngan baby² ni. So we take a few shots.

06
Baby kena kerumun. Sabar.. semua boleh dukung. Hehehe.. (kanan sekali : Ustazah Narimah, cikgu terawal di SMKDTHO and still kickin'!)
05
Sabar ye dik, sila ambik nombor untuk dukung baby tu.
02
Polish bagi berkilat tau, bleh buat cermin.. mana tau tudung senget ke, takyah pergi ladies nak betulkan =)
03
Abang-abang PA dan rakan-rakan.
04
Puan Pengetua dan Orang Kanan beliau.. hehehe..
Selepas loceng berbunyi, semua student kena berkumpul sebab nak mulakan majlislah. Yep, ada ucapan dari Pengetua Sekolah, Pengerusi PIBG, dan beberapa lagi ucapan. Lepas berucap ada sedikit penyampaian kepada beberapa achievements dan so on. Kepala kami ligat mencari shots. Dalam kepala masing², nak avoid shots yang seakan majlis perkahwinan. Hehehehe.. mula² macam risaulah, tapi lama² ia menjadi semakin mudah sebab sangat banyak photo opportunity! Dengan warna-warni dari baju melayu dan baju kurung, rasa macam pegi sambutan Hari Kemerdekaan pulak. Hehehe..

16
Pengerusi PIBG, Dato' Musa sedang berucap.
10
Kalau macam ni punya garang, memang wajib la takut kalau dibuli... hehehe.. (Azhar Dahalan of HNAD)
13
Agaknya pelajar ni dah nampak "warna" apa dalam angpau tu kut. Hehehe..
15
Giliran Puan Pengetua pula menyampaikan sumbangan. Sekolah mana ni?? Hehehe..
17
Ada yang tutup mulut, ngumpat, tepuk tangan, betul tudung, betul brooch, lap mata, bersandar kat member..with their own color! =)
Agaknya MC dah perasan semua orang da bosan, maka sesi yang ditunggu dah tiba! Yeah! Makan! OK, sesi ni memang kami tak berapa cover sebab nak avoid gambar "ternganga" masa menyuap makanan. Hilang ayu gittew! Hahahahaha! Ada la shoot, tapi tak up lah sebab memang tanak tunjuk that kind of pics. Sambil² diorang makan, diorang dipanggil duduk balik sebab ada beberapa persembahan plus kuiz² yang hadiahnya, angpau lagi! Best pulak jadi student nih! 

12
Yeargghhh seranggg!!!!
07
"OK kau cover yang belah sana.." , bukan nak karate.. sampai senget benget mulut, cover sikit bang!! Hahahaha! (Hadi Nor of HNAD)
09
Lapar sangat dah tu.. gigit kain dulu buat alas mulut..(ada ke alas mulut?)
11
Persembahan yang colorful!
14
Peserta "Jangan Lupa Lirik". Hehehe.. Skali lupa lirik daa...
08
Agaknya cara duduk Hadi Nor lebih menarik dari perkara lain. Duduk atas kaki sendiri, bleh? Yappedaa... Hahahah!
Jadi lepas dah persembahan semua tu, maka tamatlah kerja kami pada hari tu. Walaupun simple je majlis ni, tapi kami kira ia tetap memberi satu "window" dan "wake-up call" untuk produce a better picture! Semuanya best, majlis, cikgu cikgi, student studint (apa ni...) semua lah! Mesti lah best, seumpama tengok diri sendiri bila tengok semua pelajar ni. Apa pun kami sangaaaaaaaattttt gembira dengan peluang yang di beri oleh pihak sekolah! Kami berbesar hati untuk menyumbang kepada sekolah sendiri =)

Maaflah kalau gambar kurang sikit. Sebab ni hanya gambar behind the scene je. Kami akan upload set gambar yang sebenar pada saluran Facebook dan website (akan datang!!!! masih dalam proses, tak lama dahh! Yeah!). Sekali lagi, terima kasih kepada seluruh warga SMK Desa Tun Hussein Onn kerana memberi kami kepercayaan membuat photo coverage! Honoured!

Salam and Regards,
HNAD | closer than others

1 comments:

D'ya Marshmello said...

heyyy i ada buat psembahan tarian..tak sgka ada lagi pic ni.heheh ;) nice one..

http://miss-dya.blogspot.com

Post a Comment