www.hnadstudio.com

Salam dan Hello kepada semua! =)





November 08, 2010. Selamat Datang Ahli Keluarga baru kami, www.hnadstudio.com!

Malam tadi, eh, pagi tadi, pada jam 1.32 pagi, adalah satu detik yang sangat bermakna kepada kami di HNAD kerana menerima satu lagi ahli keluarga baru kami, www.hnadstudio.com! 

Ia bayi yang sihat, comel, menitiskan ayaq mata dan..alhamdulillah... cukup jari, berat dan seperti kakak² beliau (http://www.facebook.com/profile.php?id=100001474926209 - kakak sulung dan http://hnadstuds.blogspot.com - kakak 2nd ) www.hnadstudio.com juga bakal mewarnai kehidupan kami dan mereka di sekelilingnya =)

Selama 8 tahun kami berkecimpung dalam dunia seni fotografi, banyak ups and downs, sedih gembira, macam-macamlah! Semua tu yang kami nak kongsi dengan anda semua! Di Facebook, ia bertujuan untuk terus menyalurkan informasi kami di HNAD sepantas dan sehapdet yang boleh! maka ia merupakan fast streaming channel kami! Manakala blogspot dia slow sikit, more to sharing and report kepada aktiviti kami. Dan adik bongsu tu pula seakan galeri dan tanda ucapan "TERIMA KASIH" kami kepada anda semua selama ini! Kerana itu diwujudkan sedemikian rupa hanya untuk anda cukup selesa menikmati segala 8 tahun dunia dalam pandangan mata kami di HNAD =)

Sejujurnya kami mengatakan, tanpa anda semua di sisi memberikan sokongan tidak berbelah bahagi, masakan kami dapat memberikan yang terbaik untuk anda! Amat penting bagi kami demi memastikan anda semua terus gembira menikmati hasil kerja kami (kalaulah Kassim Selamat hidup, aku sanggup operate mata dia supaya kitorang buleh berkongsi pandangan dengan beliau! heheheeheh!) tanpa jemu!

Kami akan terus berusaha bagi memastikan anda semua selesa, gembira dan juga turut menerima pandangan anda semua! Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada mereka yang turut serta memberikan sokongan dan juga yang menyalurkan semangat secara terus atau tidak terus. Hanya Dia sahaja kami serahkan untuk membalas jasa baik anda semua! TERIMA KASIH!!!!!!



Salam and Regards,
HNAD | closer than others


HNAD | Expanding!

Salam dan Hello kepada semua! =)


Extended Hand is here!
Bebaru ni, kami dah pening kepala. Kepala yang pening berpunca dari tidak cukup kaki dan tangan (juga otak, literally, hehehe..) untuk melaksanakan tugas dan kerja. Yep. Bukan sekadar nak buat kerja, tapi ideas, brainstorm session, result-making process, kami sudah rasa tak best kerana tak banyak input. We need extended hand.

Hamizan Hamdan. Newest HNAD team members! (Masih single and ready to mingle!)
Yup. Ni la rupa ahli pasukan baru dalam HNAD. Nama beliau Hamizan Hamdan. Bermisai tanglung, berambut pacak trend remaja kini, berjambang kemas, tapi jangan salah sangka, perilaku dia sangat bertentangan dengan apa mata anda lihat. Hehehehe...

Hamizan Hamdan sebenarnya banyak membantu dalam memperbaik kerja HNAD baik dari segi idea, shooting sessions, dan juga secara fizikal (angkat barang, tukang tolak photographer HNAD panjat pokok, dan macam² lagi. Itu sebelum secara rasmilah, sekarang dia sudahpun secara rasmi menjadi sebahagian dari HNAD! Kedatangan dia sebagai team members (bukan sekadar photographer, image enhancers, best boy, runner, think tankers, bla bla bla) sangat² dialu-alukan.

Satu perkara pasal si Mizan ni, bila kami suruh dia ambik potraiture(facial) shots, kompem² akan ada muka separuh (macam muka dia kat gambar atas tu, yg belah kanan tu). Apa punya turr?? Mula-mula memang tak paham lah, tapi dia cakap "ala, magazine besar² pun ada pe shoot mcm tu? tak semestinya kena tunjuk full face, kan? kan? kan?" So it make sense, bermakna dia ada buat homework before shoot (which is, ramai yang malas nak buat homework before shoot) dan it's a good sign for us!

Before this, this.
Hadi Nor, " Employee Number 0 ".
OK, sebelum tu, HNAD hanya ada 2 kaki tangan saja, Hadi Nor dan Azhar Dahalan. Hadi Nor bukanlah seorang yang kurang upaya dari segi pemikiran (sila refer gambar di atas) tetapi entahlah. Mungkin dia penat semasa sesi bergambar tu? Kita tak tahu. Dia saja yang tahu.. Sebelum Hadi Nor aktif mengambil gambar, dia terlebih dahulu berjumpa dengan Azhar Dahalan (kawan dari sekolah menengah, kata dia lah..) dan belajar dengan Azhar Dahalan. Dari situ, mula² macam hangat² tahi ayam, lama kelamaan dia bina style sendiri dalam kerjaya menyimpan memori tu. Sehinggalah dia jumpa balik Azhar Dahalan dan agreed nak bina brand mereka sendiri. And the rest is history =)

Azhar Dahalan, " Employee Number 1 "
Azhar Dahalan sebelum bergerak dengan HNAD, dia buat sendiri + sorang² je photography. Lama-kelamaan dia merasakan ianya perlu berkembang seperti pipi dia (eh, silap²..) seperti permintaan pasaran. Buat kerja sorang² tak seronok sebab dia ni seorang yang gembira pergi bertuah, seronok, dan lain² lagi (happy-go-lucky, fun etc) It takes two to tango! Jadi dia pun ajak si Hadi Nor duduk, sat down over coffee and the rest is history ( takyah la ulang ayat atas tu... hehehehe..) 

It takes two to tango, but three? Zapin oso can!
Dan sekarang, HNAD officially ada 3 orang! A warm welcome to you Hamizan Hamdan and we wish to look further dalam bekerjasama as a team! Kemungkinan kami akan bertambah seorang lagi kerana workload sudah bertambah, jadi amat penting bagi kami dalam menambahbaik kualiti kerja, untuk memberikan yang terbaik kepada anda kerana we are closer than others! =)

Salam and Regards,
HNAD | closer than others

HNAD at Majlis Sambutan Hari Raya SMK Desa Tun Hussein Onn, KL.

Salam dan Hello kepada semua!


It's A Nice, Nice, Nice Thing To Do!
Sabtu yang lalu, HNAD berpeluang menjadi Official Photographer untuk Majlis Sambutan Hari Raya SMK Desa Tun Hussein Onn (SMKDTHO), KL, and the best part is, ini sekolah kami 10 tahun yang lepas! Woohooo!!

Sangatttt seronok kerana kami dapat jumpa cikgu² yang masih berkhidmat, dapat tengok gelagat² pelajar (which is, reminding us a lot!!!), sekolah yang dah berubah wajah... ahh, bila loceng dibunyikan, both of us amazed! " Dah lama tak dengar dow..." kata Azhar Dahalan. Kami adalah batch yang pertama untuk sekolah ni baru buka, dan kena angkat kerusi dan meja dari lori yang baru sampai, pokok² takde lagi, dinding semua kosong, dan macam² lah! Hmm...Betul lah... Kami rasa kami merindui zaman sekolah dulu =).

Errr.. sori terlajak feeling. Hehehehe.. OK, cerita dia, kami ditugaskan untuk shoot event ni. Ia adalah program di mana pelajar², ibu bapa, guru² dan bekas² pelajar dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik, merapatkan silaturahim dan juga a time to relax lah. Hari² belajar pun boleh tension juga kan? =) So it's a good time for everybody to get involve.

01
SMKDTHO, logo dah pudar, umur dia 10 tahun ye..
Sampai saja di sini, kami pusing² tengok sekeliling. Ada yang tengah cucuk² bergurau ngan kawan, susun makanan, setup itu ini, macam² lah. Tup² nampak sekumpulan pelajar mengerumuni seorang bekas pelajar, ohh.. 10 tahun baru datang balik, dengan baby lak tu, mengingatkan kami tentang how old are we dan... sebenarnya orang² perempuan ni dia memang suka ngan baby² ni. So we take a few shots.

06
Baby kena kerumun. Sabar.. semua boleh dukung. Hehehe.. (kanan sekali : Ustazah Narimah, cikgu terawal di SMKDTHO and still kickin'!)
05
Sabar ye dik, sila ambik nombor untuk dukung baby tu.
02
Polish bagi berkilat tau, bleh buat cermin.. mana tau tudung senget ke, takyah pergi ladies nak betulkan =)
03
Abang-abang PA dan rakan-rakan.
04
Puan Pengetua dan Orang Kanan beliau.. hehehe..
Selepas loceng berbunyi, semua student kena berkumpul sebab nak mulakan majlislah. Yep, ada ucapan dari Pengetua Sekolah, Pengerusi PIBG, dan beberapa lagi ucapan. Lepas berucap ada sedikit penyampaian kepada beberapa achievements dan so on. Kepala kami ligat mencari shots. Dalam kepala masing², nak avoid shots yang seakan majlis perkahwinan. Hehehehe.. mula² macam risaulah, tapi lama² ia menjadi semakin mudah sebab sangat banyak photo opportunity! Dengan warna-warni dari baju melayu dan baju kurung, rasa macam pegi sambutan Hari Kemerdekaan pulak. Hehehe..

16
Pengerusi PIBG, Dato' Musa sedang berucap.
10
Kalau macam ni punya garang, memang wajib la takut kalau dibuli... hehehe.. (Azhar Dahalan of HNAD)
13
Agaknya pelajar ni dah nampak "warna" apa dalam angpau tu kut. Hehehe..
15
Giliran Puan Pengetua pula menyampaikan sumbangan. Sekolah mana ni?? Hehehe..
17
Ada yang tutup mulut, ngumpat, tepuk tangan, betul tudung, betul brooch, lap mata, bersandar kat member..with their own color! =)
Agaknya MC dah perasan semua orang da bosan, maka sesi yang ditunggu dah tiba! Yeah! Makan! OK, sesi ni memang kami tak berapa cover sebab nak avoid gambar "ternganga" masa menyuap makanan. Hilang ayu gittew! Hahahahaha! Ada la shoot, tapi tak up lah sebab memang tanak tunjuk that kind of pics. Sambil² diorang makan, diorang dipanggil duduk balik sebab ada beberapa persembahan plus kuiz² yang hadiahnya, angpau lagi! Best pulak jadi student nih! 

12
Yeargghhh seranggg!!!!
07
"OK kau cover yang belah sana.." , bukan nak karate.. sampai senget benget mulut, cover sikit bang!! Hahahaha! (Hadi Nor of HNAD)
09
Lapar sangat dah tu.. gigit kain dulu buat alas mulut..(ada ke alas mulut?)
11
Persembahan yang colorful!
14
Peserta "Jangan Lupa Lirik". Hehehe.. Skali lupa lirik daa...
08
Agaknya cara duduk Hadi Nor lebih menarik dari perkara lain. Duduk atas kaki sendiri, bleh? Yappedaa... Hahahah!
Jadi lepas dah persembahan semua tu, maka tamatlah kerja kami pada hari tu. Walaupun simple je majlis ni, tapi kami kira ia tetap memberi satu "window" dan "wake-up call" untuk produce a better picture! Semuanya best, majlis, cikgu cikgi, student studint (apa ni...) semua lah! Mesti lah best, seumpama tengok diri sendiri bila tengok semua pelajar ni. Apa pun kami sangaaaaaaaattttt gembira dengan peluang yang di beri oleh pihak sekolah! Kami berbesar hati untuk menyumbang kepada sekolah sendiri =)

Maaflah kalau gambar kurang sikit. Sebab ni hanya gambar behind the scene je. Kami akan upload set gambar yang sebenar pada saluran Facebook dan website (akan datang!!!! masih dalam proses, tak lama dahh! Yeah!). Sekali lagi, terima kasih kepada seluruh warga SMK Desa Tun Hussein Onn kerana memberi kami kepercayaan membuat photo coverage! Honoured!

Salam and Regards,
HNAD | closer than others

First Baby: Home Away!

Salam dan Hello kepada Semua!


The Cerita Goes Like This...
Bulan puasa yang lepas, kami (Hadi Nor dan Azhar Dahalan) sedang duduk2 menghabiskan masa dengan few ideas. Lepas selecting dan tapis2. Kami tak tahan. Bukan tak tahan ape, tak tahan nak execute the easiest concept! So, we gather few people to reorganize the sessions. 

Ianya mengenai konsep "Home Away" - Apa saja yang selesa di rumah, what if kalau ianya dibawa ke luar rumah, dan have fun macam dalam rumah? You don't have to make it macam tu saja, tinggalkan kat rumah. So we decide to change the environment, and maintain the happiness. 

We start off gathering few people untuk this line-up, diorang sangat2 senang dalam memberi kerjasama dan yang paling best, senang having fun! The nominees are: (hehehehe...)

1. Hadi Nor @ HN (HNAD)
2. Azhar Dahalan @ AD (HNAD)
3. Hamizan Hamdan @ HH (HNAD)
4. Naiza John @ NJ (www.naizajohn.com)
5. Zool Kareem @ ZK (Facebook, search: Zool Kareem)
6. Amin Fareez @ AF (Facebook, search: Aminfareez MA)

Sebelum semua2 tu jalan, kami duduk utk buat sket2 homework, just to make sure everything smooth masa shoot. Kena list down barang, tempat, setup, props, bla bla bla.... preparation la katakan. Kalau tak japgi berterabur la masa nak shoot. 

1. Sketches 1 : What angle nak shoot ni??? (Kiri) , Organizing lighting (kanan)
2. Sketches 2 : Line-up + Props (kiri) , Setup in isometric - tak paham gak tak tau la... (kanan)
3. Sketches 3  : Check gears/equipments.
































































Banyak jugak isu2 yang berkaitan dibincangkan dalam sesi ni, at least ianya banyak save masa dan cost! Masa ni jugak la pembahagian tugas, isu2 semasa dan setempat disetelkan. Penting proses ni sebab kita nak verify apa yang kita kena sediakan, apa plan A, plan B, plan C, organizing transport, deal dengan masyarakat setempat, and so on. Even ia bukanlah sesi penggambaran yang besar2 tapi this is the standard practicelah. Jadi kami discuss few logistic issues macam :

"mana nak dapat kerusi???"
"sape talent weh?"
"mana plak nak cekau TV?"
"alamak mana aku nak dapat Micro Genius zaman ni weh..."
"flash nak pakai brapa ha?"

and few more.. =)

Jadi, dah setel semua isu2 tu, kami pun shoot! Bertempat kat Putra Heights ( 2.987493, 101.560678 ), sampai2 je kami lepak jap kat kedai mamak untuk tunggu AD+HH+AF (AD amik HH ngan AF sebab diorang ni kira duduk satu area yg sama, Putra Heights dan Shah Alam), aku plak dengan NJ dan ZK dari KL (padahal si Naiza duduk kat Shah Alam Sec.13!). Sampai kat kedai mamak yg dijanjikan ngam2 pukul 2200. Alangkah seronoknya bila baru je melabuhkan punggung kat kerusi kedai mamak tu, langit pun menangis.. Takpelah. Duduk aje la mengkayakan kedai mamak ni. Pastu baru la AD sampai. Tunggu punya tunggu, ok, hujan pun reda. Jam dah pukul 0030! 

4. Nasib baik ada payung2 ni. Kalau tak habis basah kuyup semua barang. Semua skali 5 payung!
Sampai je kat lokasi tu, Azhar, Amin dan Mizan pegi angkut kerusi ngan meja, manakala  Naiza ngan Kareem setup lighting. Hadi setup lokasi (angle dan directions), dan barang2 lain serta tolong2 angkat barang dari kereta. Sebenarnya, tempat ni takde lampu langsung, yang ada pun  lampu2 dari tepi jalanraya je. Torchlight pun ada 1 je. Hehehehe...

5. Check semua lighting dan props. (L-R) Zool Kareem, Naiza John, Azhar Dahalan.
6. Itu bukan bintang ye adik² , itu air hujan. Kareem kat lampu tu, Amin tgh tunggu masa nak beraksi.
7. Ni test shots, bukan betul2. Tapi si Amin da pose. Gile mamat tu...
8. Ni keadaan sebenar, gelap gelita. terang tu pun sebab suluh ngan torchlight (utk metering). tapi apa da jadi sama model? 
Belum sempat shoot session mula, kacang2 dan air2 dah tinggal separuh. Kuaci yang paling tak lakulah sebab nak kena buat kerja kan? macamana nak curi tulang (sambil mengunyah sambil buat kerja?) Jadi lepas da syiok2 test itu ini, hujan pun makin reda sikit. Lighting pun dah dapat settings, props, gears semua dah tersedia. Jadi masing2 agree untuk giliran shoot. Sebelum tu ada gak test shots sebab nak make sure everything runs smooth. Agak bermasalah semasa shoot sebab kami tak fikir possibilities of posing! Yang kami nak adalah the "excitement" bermain game di luar rumah, jadi kami sudah set yg ia bukan dibuat2. Jadi kami amik queue shoot paling mudah, bukan paling awal, dan paling akhir. Kami ambik bila model da mula bosan, dia akan mula merepek. hahahah! Time tu laaaa pose buddha ada, pose kena bom, macam2 la! hahaha!

9. Naiza John suluh, Azhar Dahalan shoot.
10. Ha.. Mizan da start kena sampuk...
11. Kalau jauh sikit mcm ni la rupanya dari belakang.. Shoot kat padang depan rumah orang je..
12. Perut Mizan da tekeluar da tu...
Asap2 tu kitorang pakai bekas telur je. Mana nak cari smoke machine semua tu, costing kot? Pakai ape yang ada aje la. Yang penting nak hasilnya! 

Maka ianya berlangsung selama 3 jam. Setting angkut itu ini semua sekali siap pukul 0100, shoot2 sambil test macam2 2 jam. Abis je kena kemas cepat2 sebab nak bersahur pulak. Last sekali kami stop dalam pukul 3 pagi, shots da dapat, penat pun dapat, nak tunggu ape lagi kan? Balik le sahur. Hehehehe...Alhamdulillah, semua yang dirancang akhirnya berjalan seperti yang dirancang. Tapi sebelum balik tu shoot la sekali semua yang terlibat. Nak buat kenang-kenanganlah katakan...heheheeh...

13. L-R (berdiri) : Naiza John, Zool Kareem, Azhar Dahalan,
(duduk) Hamizan Hamdan, Amin Fareez, Hadi Nor (cuba pose cool..ceh)
Kami dari HNAD, mengucapkan ribuan terima kasih kepada Naiza John, Zool Kareem dan Amin Fareez kerana sudi menjayakan sesi ini. Ada banyak perkara yang dapat dikongsi dengan anda, dan dengan itu HNAD juga tidak keberatan untuk berkongsi dengan mereka yang lain. =) Cheers!

__________________________________________________________________________________

The Best Shot for this session, Enjoy! =) :

HNAD | CAPTURING JOY AND HAPPINESS, EVERYWHERE.
__________________________________________________________________________________


Salam and Regards,
HNAD | closer than others

HNAD | Hadi Nor + Azhar Dahalan Studios.

Salam dan Hello kepada semua!


HNAD | Closer Than Others.

Yes, this is HNAD's official blog. Soon everything that we think of will be in our blog, we work and we definitely play, so let's have fun! Kami akan berkongsi dengan anda apa sahaja tentang aktiviti terbaru kami.

tag

Official mark

This is our official mark. HNAD, HN is "Hadi Nor" and AD "Azhar Dahalan" You'll see more of it (the logo) after this! Closer Than Others, is the tagline of our studio, we are closer than others in other words, lets be friends. We like to be closer than others, to fulfill your needs, to cater to your broad demands. We believe in a two-way communication, two heads are better than one right?

Who Are We?

hadinorazhardahalan
Hadi Nor + Azhar Dahalan (R-L)

HNAD is a collaboration between Hadi Nor and Azhar Dahalan under one name, with 8 years of combined experiences in photography. Hadi Nor has an extensive background in Architecture and Industrial Design whereas Azhar Dahalan has an eclectic background in Graphic Design and Communication Art.

At HNAD, we are driven by the need for a new and fresh ideas or a totally whacked out notion! so without further ado, let's get out there and have some fun!! (horse neighing)

Salam and Regards,
HNAD | closer than others