HNAD | Expanding! (again! hohoho!)

Salam & Hello again! =)

Extended Hand is here!
Masa berlalu dengan pantas, tiada ku sedar ia terbang begitu sahaja..(eh terjiwang sudah..), sama seperti kami di HNAD Studio, perkembangan itu bergerak selari dengan kepantasan masa. Menyedari kami ingin membawa terbang sebuah Boeing ataupun Titanic (atau apa sahaja yang melambangkan sesuatu yang BESAR), kami sebulat suara untuk membawa seorang lagi team members bagi memperbaiki kelompongan yang wujud tanpa disedari =)

Dengan itu, kami sebulat suara memilih Firdaus Jalaluddin sebagai ahli keluarga baru di HNAD Studio =) . Tugas utama beliau adalah sebagai Penambahbaik Gambar, atau bahasa Inggerisnya, Photo Enhancer cum Designer dan, jurugambar (for surelah!). Kadang², beliau juga suka membuat kerja² rakaman video untuk gerak kerja team, ini berikutan beberapa siri pengalaman bergaul dengan VDSLR team lain bagi mengisi kehendak kreativiti beliau.

Firdaus Jalaluddin aka Fie Jala aka Daus aka call him whatever you like! 
Aha~ Di atas tu, itu la rupa Firdaus Jalaluddin, kacak tak? takpe.. dalam gambar di atas yang bulat² tu cermin sebenarnya, jadi kami dah awal² suruh dia cermin muka sendiri. Hahahaha!! Kidding! Berasal dari Jerantut, Pahang, kini beliau bertugas di Kuala Lumpur sepenuh masa. Di waktu senggang, kegemaran utama beliau adalah mengajak kawan² lepak sambil mengumpat dan ber'sms' si dia yang tercinta (adakah saya mengatakan 'si dia' yang tercinta? ok, bukan isteri ya, dia masih bujang lagi).

Kebolehan beliau mengadaptasi kehendak artistik kami ke atas gambar² yang memerlukan proses penambahbaikan membuatkan kami setuju, beliau boleh menguatkan lagi prestasi HNAD Studio. Selain dari itu, kebolehan dan keupayaan menyumbangkan (memberikan, bukan men"sumbang"kan) idea juga memberikan kami satu keyakinan bahawa cabang kreativiti kami akan bertambah baik di masa hadapan.

Walaubagaimanapun, cara kerja berpasukan tetap diutamakan, dan tidak terkecuali kepada beliau sekalipun, so far, beliau senang memberikan kerjasama dan kerja bersama-sama (kalau dah degil sangat kami jentik je telinga dia.. hahahahah!) Dan officially, kami mempunyai 4 tenaga kerja di mana masing² faham serta tahu dengan job designation masing². Diharap di masa akan datang, kami dapat memberikan dan memenuhi permintaan anda, selaras dengan motto kami, closer than others! =)

Salam and Regards,
HNAD | closer than others

0 comments:

Post a Comment